GLOBALISASI
Prof. Madya Dr Syed Muhammad Dawilah al-Edrus
Pengarah Pusat Islam,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Ustaz Mohd. Lutfi Solehan
Penolong Pendaftar, Fakulti Pengurusan Teknologi,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
MAKSUD DAKWAH :
:
Dari segi bahasa*:
" dakwah" adalah ambilan daripada perkataan arab dan merupakan masdar (kata benda) dari kata kerja da'a yad'u yang berarti panggilan, seruan atau ajakan.1
Dari segi istilah ;
Rangkaian perkataan "dakwah islamiyyah" sebagai satu istilah khusus yang penting
dalam penyebaran, pengembangan dan pemahaman Islam sebagai al-din yang diamalkan
dan diterima pakai.
Manakala menurut Ensiklopedia Malaysian dakwah bererti menyeru. Dalam konteks
agama dakwah ialah menyeru ke jalan Allah. Perkataan dakwah juga bermaksud
masyarakat Islam. Pada zaman Fatimiyyah, dakwah bererti doktrin, agama, masyarakat,
mazhab dan parti kepada imam.8
Dakwah juga boleh dimaksudkan dengan mengajak manusia kepada pengabdian diri
kepada Allah s.w.t, ia adalah suatu tugas yang mulia dan ia juga merupakan tugas para
nabi dan rasul apabila diutuskan menjadi rasul.9
Menurut Abu 'Urwah, pengertian dakwah dari segi bahasa membawa maksud menyeru
atau memanggil, sama ada kepada perkara yang haq atau batil. Selain itu, seruan kepada
Allah s.w.t..Allah s.w.t berfirman : Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku,
menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan
bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala i'tiqad dan
perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan
sesuatu yang lain".11
KEPENTINGAN DAN HUKUM BERDAKWAH
Secara ringkasnya hukum berdakwah terbahagi lepada dua, iaitu fardu Ain dan fardu
Kifayah. Walau bagaimanapun pendapat kebanyakan ulamak menyatakan hukum
berdakwah adalah wajib hukumnya bagi setiap individu. Dalam ertikata lain, ianya
merupakan sesuatu yang tidak dapat ditinggal dan dikecualikan. Al-Quran dan Al-hadis,
ada mengungkapkan tentang kewajipan tersebut,antaranya :-
Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 104 yang bermaksud, "Dan hendaklah
ada di antara kamu segolongan Amat yang menyeru lepada kebajikan, menyuruh lepada
makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung".
Sabda nabi SAW, "Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran maka
hendaklah dia mengubah dengan tangannya, apabila tidak kuasa maka dengan lidahnya,
apabila tidak kuasa dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman".
Hadith riwayat Muslim.
Sabda nabi SAW, "Sampaikanlah dari ku walaupun dengan satu ayat". Hadith riwayat Al Bukhar
DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)
DEFINISI ICT
ICT atau dikenali dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi merangkumi aspek
teknologi maklumat dan komunikasi. Taknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi
yang digunakan oleh individu mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat
berguna dan bermakna serta menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks,
grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan
tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan
kemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu
bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan
cepat dan dalam masa yang sama ('synchronous') melalui rangkaian setempat atau
global.15
Teknologi Maklumat (information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (information and Communication Technology) atau ICT merupakan
teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas
meluputi segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.16
Teknologi Maklumat boleh disimpulkan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran,
pemproesesandan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti
yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang
membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi
maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, tetefon, tetefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam
menyampaikan maklumat kepada penerima.
Terdapat tiga asas penting dalam pengunaan teknologimaklumat, iaitu:-
Pertama: Teknologi maklumat adlaah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk
suntingan dengan menggunakan teknologi.
Contohnya dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi, imej dan sebagai pengesan gerakan.
Kedua: Teknologi Maklumat untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
Ketiga: Teknologi Maklumat digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan
bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan
maklumat daripada sumber kepada penerima.
KESAN ICT DALAM DAKWAH
POSITIF
Kehadiran teknologi multimedia adalah anugerah istimewa kepada dunia dakwah. Tugas
berdakwah menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media.
Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya
teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat
diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara pendakwah dan
sasarannya sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik-bilik
seminar bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya.
Selain itu, urusan dakwah juga dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya
kemudahan multimedia ini. Dunia hari ini heboh tentang 'e-niaga' atau 'e-commerce dan
dunia perniagaan, begitu juga dengan konsep dakwah yang juga dikenali dengan edakwah.
Melalui e-dakwah setiap badan-badan kerajaan mahupun NGO akan
menjalankan dakwah melalui laman-laman web yang disediakan meliputi pelbagai aspek
termasuklah ruangan-ruangan tazkirah, pandangan dan soal jawab agama.
Di samping itu, kemajuan multimedia juga meningkatkan kualiti dakwah yang
disampaikan. Perkembangan multimedia secara langsung atau tidak membantu
meningkatkan kefahaman manusia dalam soal-soal agama. Semua kerja dapat dijalankan
dengan cepatdan efektif. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat
dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang.
Dari segi sosialnya pula, pembangunan dakwah menerusi multimedia dapat meningkatkan kualiti dakwah yang
disampaikan. Perkembangan multimedia secara langsung atau tidak membantu
meningkatkan kefahaman manusia dalam soal-soal agama. Semua kerja dapat dijalankan
dengan cepatdan efektif. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat
dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang.
Dari segi sosialnya pula, pembangunan dakwah menerusi multimedia dapat mengeratkan
lagi hubungan antara masyarakat islam Malaysia, sama ada yang berada di dalam negara
atau yang berada di luar negara. Mereka boleh saling memberi dan menerima pendangan,
nasihat menasihati dan saling tegur menegur antara satu dengan yang lain.
meningkatkan kualiti dakwah yang
disampaikan. Perkembangan multimedia secara langsung atau tidak membantu
meningkatkan kefahaman manusia dalam soal-soal agama. Semua kerja dapat dijalankan
dengan cepatdan efektif. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat
dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang.
Dari segi sosialnya pula, pembangunan dakwah menerusi multimedia dapat mengeratkan
lagi hubungan antara masyarakat islam Malaysia, sama ada yang berada di dalam negara
atau yang berada di luar negara. Mereka boleh saling memberi dan menerima pendangan,
nasihat menasihati dan saling tegur menegur antara satu dengan yang lain.
RUMUSAN
Seseorang Pendakwah haruslah kreatif dalam pengganakan mekanisme dakwah.
Kemudahan ICT sepatutnya digunakan secara maksima dalam rangka dakwah yang
sesuai dengan ajaran Islam.
Mereka juga mestilah mempunyai kepakaran dan ilmu yang cukup dalam
mengeksploitasikanya.
No comments:
Post a Comment