Tuesday, 20 January 2015

POST 6 -MASALAH PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

         
                                                               
  •  PENDAHULUAN

 POST 5-KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengenalan

Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberikan banyak impak positif kepada pelbagai bidang perindustrian termasuklah dunia pendidikan. Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadikan penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar seperti komputer riba, cakera padat, penggunaan pelbagai perisian pendidikan pembelajaran dan pelbagai alat bantu mengajar yang lain. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk setiap pendidik menggunakan pelbagai alat bantu mengajar sama ada yang berbentuk peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan meningkatkan minat dan kecenderungan Murid terhadap sesuatu topik pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran adalah fokus utama pihak pengurusan pendidikan kebangsaan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah. Justeru, pihak pengurusan pendidikan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan sentiasa mencari alternatif atau kaedah pengajaran dan pembelajaran terbaik dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (Baharuddin, 2005). Latihan aplikasi dan integrasi teknologi maklumat dan komunikasi atau juga dikenali dengan gelaran ICT adalah antara usaha yang telah diperkenalkan di kebanyakan sekolah rendah dan menengah.

Pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap Murid yang mengikuti Program Pemulihan Khas merupakan satu perkara yang tidak hanya mampu memberikan rangsangan pembelajaran kepada murid, malah dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka (Abd. Rahman, 1992). Koh Boh Boon (1982) menyatakan bahawa pendidikan pemulihan sekiranya diteliti dengan lebih mendalam, sifatnya adalah lebih terbatas dan lebih khusus kerana ianya bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran murid. Pelaksanaan program ini melibatkan murid-murid lambat iaitu mereka yang lembap atau lambat mencapai matlamat pembelajaran jika dibandingkan dengan murid-murid lain yang sebaya dengan mereka. Oleh yang demikian, selaras dengan perkembangan dan kemajuan teknologi semasa, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan untuk membantu murid-murid ini dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik dan memajukan diri seperti mana yang dicapai oleh Murid-Murid lain khususnya yang sebaya dengan mereka.



                                                                                   KELEBIHAN ICT


Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan kemajuan dan bagai satu cara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi kandungan.

Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan  bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mekemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelejaran di dalam bilik darjah. Menurut Abdul Rahim Mohd Saad(1996), abad ke 21 mengundang pelbagai cabaran dan perubahan berkaitan dengan keperluan pendidikan dan latihan di sekolah, institusi pengajian tinggi, industri dan sektor perdagangan. Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang kuat. Penggunaan internet adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan banyak manfaat kepada guru khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan internet ini juga mampu membentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dalam mencapai setiap matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dibentuk. Antara kelebihan penggunaan internet dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada guru adalah seperti mana yang berikut:-

o Mengubah Peringkat Membuat Keputusan : Kebiasaannya, penggunaan media dirancang semasa kurikulum dilaksanakan, bukan semasa peringkat merancang dan menentukan kurikulum. Oleh itu terjadilah penggunaan media secara sesuka hati tanpa berdasarkan perancangan yang sistematik. Dengan penerimaan teknologi pengajaran pada peringkat perancangan kurikulum, perancang kurikulum dapat bekerjasama dengan pereka pengajaran untuk menentukan penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum sekolah. Cara ini akan lebih menjamin keberkesanan perlaksanaan pengajaran dan kurikulum yang telah digariskan.


o Mengubah Sistem atau Pendekatan Pengajaran : Teknologi pengajaran boleh mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh menukar sistem atau pendekatan pengajaran konvensional, menerima sistem pembelajaran jarak jauh, sistem kelas terbuka atau sistem sekolah bebas. Teknologi pengajaran boleh mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun. Sebagai contoh, kurikulum pengajaran literasi komputer. Dalam perancangan pengajaran, ia melibatkan penggunaan komputer, pembinaan pengetahuan melalui pembelajaran usaha sama, penyelesaian masalah dan penggunaan strategi pembelajaran penguasaan. Penggunaan teknologi pengajaran terutamanya teknologi maklumat, mungkin mengubah cara jadual waktu dirancang dan dilaksanakan di sekolah, maktab dan di universiti. Proses pengajaran dan pembelajaran pula berpusatkan pelajar dan berasaskan pengetahuan dan maklumat. Guru hanya mengurus aktiviti pembelajaran dan menyediakan sebanyak mungkin pengalaman dan pencarian maklumat menggunakan teknologi baru untukpembelajaran. Pengenalan kepada jadual waktu anjal oleh KPM pada tahun 1993 memberikan fleksibiliti dalam perancangan kurikulum dan strategi pengajaran. Ini membolehkan guru merancang pelajaran dengan lebih berkesan dan memberi lebih masa bagi guru menyemak buku latihan dan menangani masalah pembelajaran, sedangkan jumlah waktu mengajar adalah sama (Yusuf Hashim, 1998).


o Mengubah Pengalaman Pembelajaran : Tanggapan masa kini terhadap pengalaman pembelajaran terjadi bukan secara tidak sengaja tetapi sengaja diadakan. Oleh itu, pengalaman ini perlu diadakan melalui perancangan yang rapi. Penggunaan atau aplikasi teknologi pengajaran secara teratur boleh membantu setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang khusus (sudah tentu melalui proses tertentu) bagi menguasai sesuatu perkara.


Secara amnya, menyifatkan teknologi pengajaran sebagai satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Semenjak permulaan tercetusnya bidang ini, usaha ke arah ini jelas kelihatan. Misalnya, pada tahun 1930an, penghasilan bahan-bahan visual seperti filem, gambar, slaid dan realia giat diadakan bagi membantu guru dalam pengajaran di bilik darjah.


Implementasi PPBK Di Malaysia


Pengaplikasian penggunaan komputer dalam sistem pendidikan di Malaysia telah lama berlaku. Lebih dari itu, penggunaan komputer ini tidak hanya terhad di peringkat pendidikan tinggi sahaja, malah turut mencakupi pendidikan pada peringkat prasekolah. Pengunaan Cakera Padat Interaktif untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, penggunaan talian internet untuk tujuan capaian data dan pelbagai alat bantu mengajar yang lain telah menjadikan sistem pendidikan negara semakin berkembang maju. Perubahan positif ini telah mendorong ramai penyelidik untuk melihat keberkesanan penggunaan komputer dan teknologi maklumat ini dalam sistem pengajaran dan pembelajaran seperti mana yang akan dibincangkan kemudian.


Ashinida, Afendi dan Mohd. Shabri (2004) adalah antara penyelidik yang ingin melihat keberkesanan penggunaan Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa asing. Kajian yang dijalankan mendapati bahawa kesemua 40 respondan yang dikaji menyatakan bahawa program PPBK boleh membantu meningkatkan kemahiran pelajar dalam Bahasa, menjimatkan masa dan tenaga semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan serta memudahkan pelaksanaan proses pengajaran guru. Sementara itu, 90 peratus daripada respondan yang dikaji juga menyatakan bahawa program PPBK dapat meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid. Statistik ini menunjukkan bahawa para guru mempunyai persepsi yang sangat positif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dengan berbantukan komputer. Statistik ini dapat dirumuskan seperti dalam jadual di bawah:-



Data yang ditunjukkan membuktikan bahawa persepsi guru terhadap pelaksanaan program ini amatlah baik dan galakan yang diberikan menunjukkan pelaksanaan program ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar yang mengalami kesukaran dalam memahami pendidikan Bahasa.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan program ini tidak hanya terhad kepada pendidikan Bahasa semata-mata. Program yang mempunyai potensi untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran murid-murid yang mempunyai tahap dan pencapaian akademik yang rendah perlu diperluaskan penggunaannya khususnya terhadap murid-murid yang menerima pendidikan khas. Rentetan daripada statistik yang ditunjukkan ini, pengkaji telah membuat keputusan untuk melihat keberkesanan prorgam Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran membaca pelajar yang menghadapi masalah menguasai aktiviti membaca. Hasil kajian yang akan dibentuk kelak adalah suatu yang perlu dikaji dengan lebih mendalam sama ada pelaksanaan program ini dapat meningkatkan pencapaian dan kemahiran membaca pelajar yang menghadapai masalah pembelajaran atau sebaliknya.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Baharudin (2005) mendapati bahawa penggunaan teknologi dalam bilik darjah harus diberi keutamaan bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Penggunaan alat beteknologi seperti komputer dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah alternatif yang produktif dalam proses perpindahan maklumat dan kemahiran. Selain itu, ekses guru dan pelajar dapat ditingkatkan melalui penggunaan komputer. Hal ini kerana penggunaan komputer dapat meningkatkan penyerapan maklumat kerana ia melibatkan media grafik bergambar, video dan sistem pemprosesan maklumat yang pantas dan teratur. Kelebihan ini membawa kepada pengatasian had masa dan ruang.

Walau bagaiamanapun, menurut kajian yang dilakukan oleh lapan orang pengkaji iaitu Rosen dan Weil (1995), Winnans dan Brown (1992), Dupagne dan Krendl (1992) serta Hadley dan Sheingold (1993), walau begitu sekali canggihnya komputer, namun ia perlu dilengkapkan dengan pelbagai perisian yang berguna seperti “hardware” dan “software” yang dapat membantu guru meningkatkan kecekapan mereka dalam memaksimumkan proses memanipulasikan keupayaan komputer. Dengan ini, keyakinan guru meningkat dan mudah bagi mereka untuk mencurahkan pengalaman mereka dan seterusnya membantu para pelajar untuk bersedia menggunakan komputer. 

Pendapat di atas disokong oleh seorang pengkaji yang bernama Pedretti (1999). Kajian yang dilakukan olehnya menunjukkan bahawa guru yang bijak mengaplikasikan komputer mampu membuat pelbagai pembaharuan dalam menjalankan tugasnya sebagai perantara keilmuan kepada sasarannya. Manakala Cox (1999) pula menyatakan bahawa guru-guru yang sering menggunakan komputer dalam melaksanakan tanggungjawabnya mempunyai keyakinan yang tinggi dalam mengunakan ICT dan lain-lain alat seperti projektor, LCT CD dan sebagainya. Hal ini adalah kerana mereka percaya bahawa penggunaan alat berteknologi seperti itu dapat meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menarik, mudah dan lebih seronok.

Seperti mana yang telah dinyatakan, teknologi pengajaran adalah satu konsep pengajaran dan pembelajaran yang menjadikan kemudahan dan peralatan ICT sebagai salah satu medium utama dalam pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah. Penggunaan komputer, laptop, LCD projektor, cakera padat dan pelbagai elemen ICT lain dijadikan sebagai bahan bantu mengajar yang dapat menarik dan meningkatkan kecenderungan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran. Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Dalam hal ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme. Bill Gates (1999), dalam bukunya Business @ The Speed of Thought yang menyatakan komputer peribadi dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan ‘hands on’ dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuiri yang ada dalam diri pelajar. Komputer peribadi membolehkan mereka meneroka maklumat mengikut kapasiti masing-masing.

Satu kajian (Bahrudin, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim 2001), menunjukkan bahawa ICT dapat membantu mengatasi kelemahan pendidikan sains yang diajar secara tradisional serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer secara lebih produktif.  Guru harus mengintegrasi kemahiran teknologi dan peluang pembelajaran secara konstruktivis untuk melihat keberkesanan penggunaan teknologi. Peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Namun begitu kehadiran ICT sahaja tidak dapat membantu proses transformasi ini. Perkara yang penting dalam integrasi ICT ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan P&P dan sengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan  atau luar, guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui lima tahun sekali.(Zalina Yahaya, 2001).

Melalui penggunaan komunikasi elektronik (e mail), net meeting, chat room dan sebagainya guru dan murid dapat bertukar-tukar idea sesama sendiri atau dengan guru dan pelajar dari sekolah yang lain. Pertukaran maklumat dengan sekolah dari luar negara akan lebih digalakkan memandangkan faedah dari segi meningkatkan komunikasi guru dan murid  disamping mendapat ilmu baru mengenai kebudayaan dan negara masing-masing. Melalui penggunaan ICT pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar  yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.





Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio video dan animasi. ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Teknologi multimedia dan juga internet menyediakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainan daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tradisi. Menerusi penggunaan teknologi moden ini, para pelajar dapat menguasai sesuatu pembelajaran mengikut kaedah pembelajaran yang mereka minati dan gemari. Di samping itu, teknologi maklumat dan Internet juga menyediakan kebolehan interaktiviti. Berikut merupakan antara kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.

Dalam melihat perkembangan positif yang berlaku dalam sistem pendidikan kebangsaan, kita juga perlu melihat sama ada tenaga pendidik kini telah bersedia mengaplikasikan sepenuhnya penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya kajian yang dijalankan oleh Rosseni (2002) ke atas 40 orang guru. Kajian beliau mendapati bahawa masih terdapat lagi di kalangan tenaga pendidik yang masih tidak tahu menggunakan cakera padat interaktif (salah satu bahan banatu mengajar dalam pembelajaran berasaskan komputer) dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Daripada kajian beliau, sebanyak 42 peratus guru tersebut yang mempunyai tahap pengetahuan terhadap penggunaan cakera padat yang rendah. Sementara itu, sebanyak 48 peratus daripadanya hanya tahu meneroka dan menilai cakera padat untuk penggunaan pendidikan. Daripada hasil kajian yang dijalankan oleh Rosseni ini menunjukkan bahawa tahap dan pengaplikasian cakera padat pendidikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran masih berada pada tahap yang rendah. Kebanyakan daripada pendidik ini hanya menggunakan buku teks sebagai asas utama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Sathiamoorthy (2000) terhadap kemampuan mengurus inegrasi komputer di kalangan guru-guru Sekolah Bestari, didapati bahawa sebanyak 9.8% daripada 205 guru yang dikaji tidak mempunyai kemampuan dalam merancang integrasi komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini menunjukkan bahawa kemampuan dan kesediaan guru dalam menggunakan teknologi semasa seperti komputer, cakera padat dan seumpamanya berada pada tahap yang tinggi. 

Dalam pada itu, kajian yang dilakukan oleh Wan Noraini (2002) juga melihat kemahiran guru terhadap penggunaan komputer, sebanyak 42% daripada 40 orang guru yang dikaji tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap penguasaan dan penggunaan teknologi CD/DVD dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Walaupun kadar ini tinggi, namun ramai respondan yang tahu mengaplikasikan teknologi CD/DVD dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

                                                                KESIMPULAN

Kemajuan dan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu pengetahuan dan bijak dalam mentadbir negara pada masa akan datang. Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan komputer pada peringkat pendidikan awal adalah kurang perlu ekoran daripada ketidak sediaan para pelajar menerimanya, namun pandangan seperti ini perlu diperbetulkan agar semua pihak sama ada ibu bapa, penjaga, guru dan masyarakat secara keseluruhannya perlu melihat kepentingan penguasaan kemahiran ini pada masa akan datang.

Adalah menjadi tanggung jawab institusi pendidikan untuk mendidik masyarakat untuk menjadi pelapis yang benar-benar dapat mentadbir negara dengan baik pada masa akan datang. Oleh yang demikian, pendidikan ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak. Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah suatu yang perlu bagi menarik minat kanak-kanak ini untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan segala halangan yang boleh menghalang mereka dariapda menuntut ilmu.




          SUMBER


Amnon Shabo, Mark Guzdial dan John Stasko. 1997. An Apprenticeship-ased  Multimedia Cuorseware for Computer Graphics Studies Provided on The World Wide Web. Journal of Science. 29: 2/3. 103-116

Baharudin Husin (2005). Kesediaan Guru Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah Daerah Pasir Putih. Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Kebangsaan 2005, Kota Kinabalu, 1-3 Ogos, Anjuran Bahagian Pendidikan Guru

Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999

P. A. Brett dan M. Nash (1998). Multimedia Language Learning Courseware: a design Solution ti the production of a series of CD-ROMs. Journal of Computer and Education. 32. 19-33

Rosseni Din. (2002). Kemahiran Komputer Guru Sains Dan Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor

Sathiamoorthy Kannan. (2002). Kajian kemampuan Mengurus Integrasi Komputer Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Bestari, Jurnal Pendidikan Dan Kepimpinan pendidikan, Jilid 12, Bil.02, Disember 2002

Wan Noraini binti Wan Daud (2005). Kemahiran Komputer Guru-guru Sains dan Matematik. Universiti Kebangsaan Malaysia

www.ftem.ukm.my/programming/bengkelC/18-zamlinal

www.usm.my/km/24-06