- PENDAHULUANPengajaran dan pembelajaran merupakan dua proses yang saling berkaitan sejak formalisasipendidikan, terutamanya apabila kita melihat pembelajaran sebagai hasil pengajaran yangdikendalikan oleh pengajar1. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di kelasmerupakan suatu proses yang penting dalam memperkembangkan ilmu dan pengalamanpelajar untuk menerokai dan memahami maklumat baru yang bakal disampaikan oleh gurumereka tidak kiralah dalam subjek apa pun. Sememangnya, sudah sekian lama para pendidik berada dalam keadaan selesamenggunakan kaedah lama ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kaedahlama ini bolehlah ditafsirkan sebagai kaedah yang mana guru dan pelajar saling bergantunganantara satu sama lain. Kaedah ini juga menyaksikan penggunaan bahan bantu mengajar yangagak terhad seperti penggunaan kapur tulis, papan hijau, buku teks dan sebagainya. Namun,dekad terakhir abad ke-20 telah menyaksikan perubahan yang pesat serta di luar jangkaanwalaupun perkembangan ICT dalam pendidikan telah bermula sejak akhir 1980an. Walaupunbegitu, jika diperhatikan, masih terlalu sedikit bilangan guru yang mahu menggunakan bahan-bahan teknologi dalam proses pengajaran mereka khususnya subjek Pendidikan Islam. Falsafah Pendidikan Islam di Malaysia dinyatakan dengan jelas iaitu :“ Pendidikan Islam ialah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran danpenghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, bagi membentuk sikap, kemahiran,keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawabuntuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan didunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.”2 Berdasarkan Falsafah di atas, kita akan dapati bahawa Pendidikan Islam merupakansatu usaha yang berterusan untuk membentuk pelajar Muslim yang seimbang dalam semua1Ng Wai Kong, 2002,
- .Sistem pendidikan negara pada masa kini berada dalam arus perdana kepesatan ekoranperkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ICT.Namun begitu, guru-guruPendidikan Islam selalu sahaja dilabelkan sebagai ketinggalan dalam penggunaan ICT. Padadasarnya perkara ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor iaitu: .1 Faktor Kekurangan MasaKekangan terhadap masa menjadi salah satu faktor yang menghalang penggunaan ICT dalamproses pembelajaran dan pengajaran. Hal ini kerana, kadang-kadang seseorang gurumemerlukan masa yang khusus di luar waktu sekolah bagi membuat persediaan terhadap alatyang melibatkan pengunaan ICT yang kadang kala sedikit rumit. .2 Faktor Kekurangan Bahan SumberApa yang maksudkan dengan bahan sumber ialah kekurangan alat atau kelengkapan terhadapalatan ICT. Justeru itu, ianya akan menimbulkan masalah kepada guru ketika menggunakanperalatan ICT kerana alatan tidak cukup atau tidak lengkap. Ini sekali gus menyebabkan guruakan hilang minat terhadap pengaplikasian ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran. 4.1.3 Faktor Kekurangan PanduanKekurangan panduan terhadap alatan canggih atau berteknologi tinggi ini juga menjadibebanan dan masalah kepada guru-guru yang kurang berkemahiran dalam penggunaan ICT. 4 .Faktor Kurikulum Yang SamarKurikulum pada masa kini tidak mengaplikasikan secara keseluruhan subjek atau matapelajaran di ajar menggunakan kaedah ICT. Jadi ini bakal menimbulkan halangan kepadaguru-guru yang ingin menggunakan pendekatan ICT dalam proses pengajaran danpembelajaran kerana bimbang dan khuatir ianya lari atau bercanggah dengan kurikulum.
- .5 Faktor Kurang Sokongan Daripada Pihak AtasanSikap sesetengah pihak atasan yang mengambil sikap lepas tangan dan kurang memberisokongan kepada para guru dalam penggunaan ICT juga mematikan semangat guru. Hal inikerana, guru-guru dibawah jagaan amat memerlukan sokongan sekiranya berlaku sebarangpermasalahan yang berkaitan. Seharusnya sokongan yang kuat harus diberikan untukmenaikkan semangat guru namun apa yang berlaku guru dipandang lekeh dan tidak memberisebarang kerjasama kepada guru dalam meningkatkan pengaplikasian ICT dalam prosespembelajaran dan pengajaran. 4.1.6 Faktor Kekurangan Latihan Dan Bantuan Teknikal.Di dalam penggunaan ICT, bukan semua di dalam penggunaan ICT berjalan dengan senangdan lancar tanpa ada masalah yang berkaitan dengan aplikasi ICT, disebabkan itu, latihan danbantuan teknikal tidak mendapat kedudukan yang tinggi bagi mengurangkan segala masalahdalam ICT. Ini menyebabkan guru-guru melepaskan sahaja masalah yang dihadapi jikaberlaku kerosakan kepada sistem komputer. Masalah yang berlaku dalam sistem komputertersebut menyebabkan guru merasa tidak mengambil endah akan masalah yang dihadapi. Guru pendidikan Islam di sekolah terpinggir dalam menerima latihan ICT sama adalatihan ICT anjuran Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri mahupun anjuran diperingkat Kementerian Pelajaran. Guru dari jabatan Matematik dan Sains, Jabatan Bahasa,Jabatan Teknik Vokasional dilihat mempunyai peluang yang lebih untuk dihantar berkursusICT. Tanggapan guru Pendidikan Islam susah menerima perubahan, lambat memahamipengajaran ICT perlu diperbetulkan. Agihan latihan yang tidak menyeluruh menyebabkanguru Pendidikan Islam tidak dapat mengaplikasikan pengajaran mereka dengan pengajaranyang berasaskan ICT. 4.1.7 Faktor Guru Kurang Pengetahuan Dan Kemahiran Bersabit KomputerGuru-guru yang menggunakan pengaplikasian ICT ini bukanlah semuanya mempunyaikemahiran berkaitan dengan komputer, malah mereka bukannya mengambil subjek yangkhusus mengenai kemahiran komputer sebagai subjek sampingan, mereka hanyamenumpukan terhadap subjek khusus sahaja.Ini menyebabkan guru-guru Pendidikan Islamhanya berpengetahuan kemahiran komputer mengenai kemahiran komputer yang asas sahaja.Pengetahuan yang berkaitan dengan komputer para guru ini amat tipis sekali dan berkemungkinan mereka berasa tidak yakin di dalam mengaplikasikan penggunaan ICT didalam proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor Kegagalan Menempatkan Bilangan Komputer Yang MencukupiWalaupun bilangan komputer mencukupi disediakan kepada setiap sekolah, akan tetapimasalah penempatan komputer menghadapi masalah kepada sekolah yang mempunyaikeluasan yang agak terhad, biasanya sekolah yang memang tidak menyediakan ruang ataubilik komputer yang khusus untuk kegunaan para pelajar. Biasanya fenomena ini berlakukepada sekolah agama kerajaan yang tidak mempunyai dana yang cukup untuk menyediakankemudahan komputer, lebih-lebih lagi menyediakan ruang yang khusus untuk kemudahankomputer. Jadi, perkara ini merumitkan kepada guru yang ingin menggunakan kemudahankomputer sebagai proses pengajaran yang lebih menarik dan percubaan di dalampengaplikasian ICT di dalam pembelajaran. Faktor Kurang Inisiatif Untuk Memantapkan Pengetahuan Dan Kemahiran Guru Dalam Mengintegrasikan ICT Dalam Bilik DarjahKebiasaan guru yang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran ini menggunakansumber primer seperti bahan bercetak,buku teks dan lain-lain untuk meneruskan prosespengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar. Disebabkan oleh penggunaan ICT inimengambil masa yang lama semasa proses memasukkan maklumat serta semasa inginmemulakan sesi pengajaran. Kadangkala berlaku permasalahan terhadap perisian komputer,jadi para guru mengambil inisiatif untuk melakukan proses pengajaran bersumberkan sumberprimer sahaja yang mana proses pengajaran hanya berlaku di dalam kelas sahaja. 4.1.10 Faktor Kekurangan Peralatan Komputer Dan Peranti Perisian KomputerKekurangan peralatan komputer menyebabkan sukar untuk menyelesaikan masalah jikaberlaku permasalahan terhadap komputer, begitu juga dengan perisian dan bahan-bahanpengajaran yang disediakan oleh pihak kementerian khususnya Jabatan Pendidikan Islam danMoral (JAPIM) dan Bahagian Teknologi Pendidikan ( BTP). Guru-guru Pendidikan Islamtidak menyedari bahawa wujudnya CD perisian dan sekolah juga tidak menerima bahan-bahan tersebut, dan jika perisian tersebut diterima oleh pihak sekolah, adakah ia memenuhipiawaian serta keperluan guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
- CADANGANSejajar dengan perkembangan dunia terkini, penggunaan ICT dalam kalangan guru dalamproses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting. Akan tetapi, dalammemperihalkan penggunaan ICT, guru Pendidikan Islam seringkali dikaitkan denganmasalah penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka kononnyamengatakan bahawa guru Pendidikan Islam ketinggalan dan kurang pandai dalammenggunakan ICT.Oleh itu, terdapat beberapa cadangan untuk mengatasi masalah ini.Antaranya ialah: 4.2.1 Guru Yang Berpengalaman Memberi Sokongan.Di setiap sekolah, pasti ada sahaja guru-guru yang berpengalaman memperlekehkan gurupendidikan islam dalam penggunaan ICT. Oleh itu, dalam mengatasi masalah ini sayamenyarankan bahawa setiap guru Pendidikan Islam seharusnya mempunyai motivasidalaman yang tinggi untuk berikhtiar agar tidak ketinggalan dalam bidang ICT. Selain itu,guru Pendidikan Islam juga seharusnya memperlengkapkan diri dengan pengetahuan ICT darisemasa ke semasa agar dapat menguasai maklumat dan pendedahan tentang maklumat terkini. 2 Penglibatan Aktif Guru Dalam Bengkel Atau Kursus Teknologi Yang Diadakan.Guru-guru pendidikan islan dikatakan kurang melibatkan diri dalam bengkel atau kursusTeknologi. Oleh itu, dalam mengatasi masalah ini, Pihak kerajaan perlu memainkan perananyang penting iaitu dengan cara meningkatkan pelaksanaan kampen melalui teknologi sepertikaedah pemasaran melalui internet, penyampaian berita, urusan pentadbiran dan sebagainyadapat menggalakkan guru cenderung dalam menggunakan teknologi. Dengan ini, guru-gurusedikit sebanyak mempunyai semangat untuk melibatkan diri dalam bengkel tersebut. Selain itu, Kementerian pendidikan juga perlu menggalakkan guru supaya terlebihdahulu memperlengkapkan dan menyesuaikan diri dengan kemahiran-kemahiran asasteknologi seperti penggunaan komputer riba dan juga kemahiran menggunakan kemahiranasas komputer seperti Microsoft Word, Powerpoint dan juga Excel agar dapat memantapkanlagi penggunaan dalam ICT. Sekolah Mempunyai Kemudahan Komputer Yang MencukupiJika kita lihat, kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia kurang mempunyai kemudahankomputer. Hal ini menyebabkan ramai pelajar kurang pendedahan mengenai pengetahuanserta maklumat terkini. Oleh itu, dalam mengatasi masalah ini, pihak sekolah perlulahmemainkan peranan yang penting iaitu dengan cara menambahkan peruntukan untukpembelian teknologi baru memastikan setiap pelajar dapat menggunakan kemudahankomputer dalam pembelajaran. Selain itu, pihak sekolah perlu mencari sumber kewangan yang lain selainmengharapkan daripada pihak kerajaan untuk memperbanyakkan dan menaik tarafkemudahan teknologi di sekolah. Sokongan Dan Galakan Yang Sepenuhnya Daripada Pihak Pentadbir SekolahSokongan dan galakan dari pihak pentadbir sangat penting dalam melibatkan penglibatan gurudalam bidang ICT. Justeru, pihak pentadbir sekolah perlu sentiasa berfikiran terbuka iaitudengan mengubah persepsi negatif guru pendidikan islam yang melihat pembelajaranberasaskan teknologi adalah sukar dengan memperkenalkan kaedah-kaedah terbarupembelajaran dengan menggunakan bidang teknologi. Selain itu, pihak pentadbir sekolah juga mestilah memberi sokongan yang padu kepadaguru iaitu dengan memperkasakan kemahiran guru dengan memberikan kursus kemahiranpenggunaan teknologi yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap danefektif. Masa Pengajaran Pendidikan Islam Harus Mencukupi.Pihak sekolah perlu memperuntukkan masa yangmencukupi bagi memenuhi keperluanpengajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Apabila adanya masa yang mencukupi,guru-guru dapat mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam subjek tersebut. Hal ini dapatmembantu meningkatkan pencapaian pelajar kerana pengaruh ICT dalam pembelajaran lebihmenarik minat . KESIMPULAN Secara keseluruhannya, daripada kajian yang telah dijalankan, dapat disimpulkan bahawaterdapat 5 perkara utama yang menghalang guru-guru Pendidikan Islam untuk menggunakanICT dalam proses pngajaran dan pembelajaran. Perkara yang pertama ialah, mereka lebih terpengaruh dengan metod pengajaran guru-guru yang lebih berpengalaman.Adakalanya, mereka telah mempunyai motivasi danperancangan untuk menerapkan kaedah pengajaran berasaskan ICT.Namun, disebabkankritikan dan sindiran daripada guru-guru lama yang memperlekehkan usaha mereka, merekaberasa putus asa dan malu untuk meneruskan niat tersebut.Justeru, niat tersebut terkuburbegitu sahaja. Perkara yang kedua yang menjadi penghalang kepada penggunaan ICT oleh guru-guruPendidikan Islam ini ialah kurangnya penglibatan dalam kursus-kursus teknologi atau bengkelteknologi yang diadakan.Perkara tersebut menyebabkan guru-guru tidak dapatmemperluaskan kemahiran yang ada dan tidak berpeluang mendapatkan ilmu teknologi yangbaru.Kadangkala mereka tidak berpeluang menghadiri bengkel dan kursus ini disebabkanmereka tidak mempunyai masa.Mereka perlu menghabiskan silibus dan menyiapkan bebanankerja pengkeranian.Oleh itu, peluang untuk menghadiri kursus tersebut terlepas begitu sahaja. Selain itu, perkara yang menjadi penghalang dalam isu ini adalah kurangnyakemudahan komputer dan alatan ICT yang disediakan di sekolah.Hal ini kerana, pihaksekolah tidak mendapat peruntukan yang mencukupi.Pihak sekolah juga tidak mempunyaikewangan yang banyak untuk menambah bilangan komputer. Kekurangan komputer dan alatICT yang lain menyebabkan usaha ke arah pengaplikasian ICT dalam pengajaran danpembelajaran tergendala. Faktor seterusnya yang menghalang guru-guru Pendidikan Islam ini untukmengaplikasikan ICT dalam pengajaran ialah kurangnya sokongan dan galakan daripadapihak pentadbiran sekolah.Hal ini tidak boleh dipandang ringan oleh pihak sekolah.Sungguhpun perkara ini dilihat sebagai inisiatif guru sendiri, tetapi sebagai pihak atasan sekolah haruspeka terhadap perkembangan prestasi guru-gurunya demi meningkatkan kualiti pencapaianpara pelajar.Hal ini kerana, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mampumembantu pelajar menguasai pembelajaran mereka.
- . Faktor terakhir yang terlibat ialah faktor masa.Mereka menyatakan bahawa masapengajaran subjek Pendidikan Islam tidak mencukupi.Oleh hal yang demikian, sukar bagimereka untuk melakukan aktiviti seperti membawa pelajar ke makmal komputer. Hal inikerana, biasanya para pelajar akan mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai kemakmal lantaran mereka baru selesai menghabiskan sesi pembelajaran subjek sebelumnyayang mana adakalanya guru subjek tersebut lewat menghabiskan pengajarannya. Tuntasnya, guru-guru Pendidikan Islam sewajarnya memandang penting terhadappenggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji berpendapat bahawaguru-guru Pendidikan Islam tidak seharusnya mewarisi metod pengajaran guru-guru lamakerana tuntutan hidup di zaman kini tidak sama dengan situasi zaman dahulu. Kepesatan sainsdan teknologi memaksa para guru khususnya gur-guru Pendidikan Islam untukmengaplikasikannya dalam pengajaran di kelas. Hal ini tidak seharusnya dipandang sebagaibeban malah hal ini merupakan peluang kepada para guru untuk menambah ilmu danmemperluaskan kemahiran yang ada di samping membantu mereka menjalankan prosespengajaran. RUJUKAN Abd. Latif Gapor. 2006. Domain Penilaian dalam Teknologi Pendidikan. Tanjong Malim : Penerbit Universiti Sultan Idris.Ng Wai Kong. 2002. ICT dan Pengajaran. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia.Juriah Long. 1998. Inovasi dalam Perkaedahan Pengajaran Bahasa, Sains Sosial Dan Teknologi Maklumat. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Goh Boon Cheng.2009. Pengurusan Teknologi Maklumat dalam Pendidikan.Puchong : Penerbit Multimedia SDN BHD.Norazah Mohd Nordin & Mohamed Amin Embi.2008. Pengintegrasian ICT dalam Pendidikan.Shah Alam : Penerbit Karisma SDN BHD.Md Yusoff Daud & Maimun Aqasha Lubis, ICT dalam Pendidikan: Aplikasi, Isu dan Cabaran dalam Aktiviti Pengajarn dan PembelajaranPendidikan Islam. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.http://kakba.blogspot.com/2010/09/wanita-dan-teknologi-maklumat-dan.html
No comments:
Post a Comment